9.9.15

Bikin Panas

Selamat pagi! 6-7 bulan sekali baru nak tulis blog. tu pun sebab nak lepas geram.

2015 dah berapa bulan je lagi nak habis, 2016 satu tahun yang baru pula.Adief dah nak masuk darjah 1 and of course am not really excited sebab tak puas rasa nak layan dia macam anak kecik sebab nak compare adief dengan adrian, adief lagi la manja ya amat walaupun kadang kadang boleh buat kita rasa sesak nafas tahan marah.

ok straight to the point. actually bengang dengan sekolah kebangsaan ni. i register adief to SK Melawati 2, tapi dia ditempatkan di SK Hulu Kelang, so darah naik kejap sebab i mmg awal awal dah reject sekolah tu, sebab?? i rasa PIBG dia macam tak power and the students for macam tak berapa serious. itu satu hal, when my cousin told me that SK Hulu Kelang tu bukan diantara sekolah terbaik dalam gombak, so i lg down. bukan nak cakap adief tu pandai sangat top student, but bila masa tadika kita dah put so much effort dalam dia punye pre school education sampai i yakin dia boleh masuk sekolah yg bagus, kenapa perlu ditempatkan kat sekolah yg macam tu.  Bukan nak kata yaaaaaaa, ini pendapat saja.

Tp i understand ini prosedur ppd sebab tgk address rumah. sekolah tu yang paling dekat nak compare dengan melawati. beza sikit je..takpe..ok fineeeeeee.

NEXT STEP!

Rayuan! Rayuan online buka start September. minggu pertama hari hari buka website ppd, dah under maintenance. bila dah dapat bukak.nak buat rayuan kena isi no pin. what? no pin??? haaaaa tudia. mana la pulak nak cari no pin ni. ok rilex..

tgk dalam arahan..kalau no pin hilang, minta kat sek yang dipohon. so SK Melawati it is. dah call berejam tak jawab. Bila dah jawab, MasyaAllah rasa nak nangis pun ada, ,taknak tolong ok..makcik tu cakap 300 orang students macam mana nak cari??? lagipun tak penah lagi ada orang mintak rayuan , so susah nak cari! i rasa tak sepatutnya berlaku la kan.. lepas tu dia cakap puan minta dekat sek anak puan ditempatkan. Kekwat sangat ni jawab dia..aku tahu la sek melawati tu bagus..tp aku pun taknak anak aku pun jd perangai macam kau. cakap biar beradab sikit. macam kita mtk sedekah. haaa kan dah keluar kau aku pulak..

ok tenang...

Call SK Hulu Kelang

bila mention masalah seperti diatas, zassssssss dia sound..puan letak mana ni puannnn.
Iols jawab pulak : .Saya tak sure sebab sekarang saya di kedah and document tu semua di kl. so boleh tak Puan tolong saya? haaaa baik tak iols tanya..

dah dia pulak jawab sama macam makcik SK Melawati tu..ya Allah...bara nya la, sabaq sabaq...lepas tu dia siap cakap kami tk boleh nak cari hari ni sebab ada lawatan puan call esok ja la eh.

i pun dengan geramnya jawab ; puan boleh cari sampai no 100 je sebab seingat saya saya daftar anak saya tu mmg time tu tak sampai seratus org lagi pun. kalau tak boleh esok saya call confirm saya boleh dapat no pin? diam...................................................................tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt


Sekian.

Mungkin Allah Taala nak tlg, lepas kejadian tu, mula la sesi kemas meja dengan kertas yg banyak..tadaaaaaaaaaaaa jumpa kertas fotostat daftar adief..siap ada no pin kat situ..syukur alhamdulillah.

pahala tak hilang banyak hari tu sebab dapat no pin.  terus malas nak pk hal sekolah.heheeheh

0 comments:

Related Posts with Thumbnails