CafeMom Tickers
CafeMom Tickers
Showing posts with label Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Melbourne. Show all posts

30.9.14

Trip to Melbourne - Day 2

Selamat Pagi!

pagi pagi ni segaq sikit mata sebab dah kenyang so boleh la nak update 2nd day. Apa pun upload gambar dulu pastu baru cerita sikit sikit


yours truly, ready nak berjimba di kala cuaca sejuk gediii..ahahhaa


Jalan kaki ke tram stop no 25, nak beli Myki kad kat 7 eleven, punya la jauh gila


Awal awal ni budak budak ni feeling excited la kan, jalan jalan sebab sejuk, lama lama tu mula la slow melow ja jalan..macam tak makan setahun


nice view kan,, ni bukan cilok google hokay,,sendiri snap tau..


opposite ke sebelah crown, rumput tu nampak tipu tp sebenarnya asli bang..ahhaha


syok la lepak cam ni.. kat melbourne..kalau kat kl ke mane ke kat malaysia mampu ke nak santai camni..kenkadang nak jalan atas rumput pun siap jinjit takut ada taik kucing.


burung merpati jinak la sini..lepak camtu je tak heran kat orang


dah penat jalan jalan,,lepak sini jap, yang ni kat elizabeth street, ada cam street yang jual makan la ape la kan..cer tgk kedai nama conehead..beli chips poutine. gila sedap nak mampus, tp aud8.50 mampu nak beli camtu kat malaysia, fries je pun,, tp serious tahap melampau punya sedap dengan gravy, cheese lagi.adoi 

bersambung lagi dilain hari.sekian.ahhaha

29.9.14

Trip to Melbourne - Day 1

Regangkan jari jemari, nak update trip utk day 1. Banyak gambar dari cerita, nak cerita banyak banyak bukan ada orang nak baca pun kan, so tengok gambar sudah la.Semua gambar adalah daripada Sony hp sahaja.hahahah tak kuasa nak usung camera dengan dua orang anak penguin kelaparan sepanjang masa.

Trip to Melbourne selama 9hari dari 18hb - 27hb September 2014



my little one, Adrian dengan stroller baru. beli stroller ni semata mata nak bawak pegi Melbourne saja. senang, lightweight, boleh angkat sebelah tangan, 


Yang abang pulak, Adief as usual banyak sangat benda dalam kepala dia..senyap seminit utk pikir next plan apa benda nak buat, tak reti dok diam,haish...


Dia nak start dah buat hal. turun stroller nak tolak sendiri pulak dah


Masa nak check in luggage, Aida setel semua ni, kami dok nganga ja dulu. Flight pkl 4.30 to KL, then pukul 7.30pm ke Melbourne. memang kami plan time macam ni sebab nanti sampai di Melbourne pkl 8.30am, setel bag lah, kastam lah macam macam lagi kan. so by noon dah setel boleh keluar jalan jalan.


Masa tunggu kat lounge..boring lagi..lama sangat budak budak ni dah macam tak tentu arah dah



Dalam flight, Adrian duduk dengan I, and Adief duduk dengan tok ayah,. sebab dia dah besar so macam ala ala boleh berdikari. Yang adik pulak macam biasa nak berkepit ja..so dalam ni nak tido susah la kan, tp dia cam berusaha sendiri nak tido macam mana pun.


few hours to go, nak p Melbourne 8jam ok,,time dorang 2jam ke depan. kalau kita pkl 7am, dorang 9am. 


Once dah touch down di bumi Australia, nak ke arrival  hall, sempat lagi nak snap gambar budak budak ni. 


ramai gila orang p Melbourne. sebab maybe time Spring kan, cuaca sejuk tu yang best
Masa kami dah nak keluar tu..macam macam dah dalam kepala ni..risau dengan bag yg penuh dengan makanan kami bawak. bag barang makan saja dah dekat 20kg. segala macam maggie, sardines, instant coffee, segala macam jenis sachet rencah nasi goreng la, secukup rasa la, serbuk cili la, tu pun ada yang dah buang setengah, konon risau la kan tp tetap banyak gila bawak. 

bila dah keluar kt kastam semua tu. dok cari juga anjing yang menjadi sebutan ramai tu..kang dia hidu sambal tumis ikan bilis, tak ke haru nak kena bukak bag, mau terkejut dorang nanti tgk orang malaysia ni angkut barang makan. Tapi alhamdulillah semuanya selamat, anjing yg menjadi sebutan maybe tak bangun tido lagi time tu, so lepas bagi incoming passenger card to Australia, check passport, and kami pun keluar dengan tenang. 

Tips: declare apa saja barang makan, ubat, susu yg dibawak, jangan sembunyi ok, kalau tak kena ok la,kalau kena?? mampu nak bayar beribu dollar dok dalam lokap lagi?

Utk ibu ibu yang nak bawak susu anak tu, jangan risau, susu formula adalah dibenarkan sehingga 5kg dengan iringan anak anak. kalau tak bawak anak, ko jangan harap dapat bawak banyak tu,. even dalam flight pun boleh bawak susu kot kot nak bancuh susu kan.



Maafkan muka 8jam yg sememeh tu. tak larat la..sejuk sangat tau.time tu 12degree


Lepas dah keluar dengan luggage, stroller pulak takdak, geram sungguh la. so terpaksa ke bilik tu tempat simpanan barang barang..stroller memang dorang akan hantar ke situ. Masuk dalam tu tanya kat awek dalam tu bagitau nak ambik stroller, bagitau flight apa, sampai pkl berapa. kena tunggu dalam setengah jam jugak.


Muazam, Aida and Arieq, luar kawasan arrival tempat menunggu, Kami dah hire private shutter STARBUS, sebab luggage banyak sangat, kami pun dalam 9 orang. 

So boleh email kat STARBUS bagitau nak hire private shutter from airport ke hotel, macam kami dr airport ke hotel di St Kilda Road, kena bayar AUD155 satu van. 

Kalau nak naik bus pun boleh tp banyak la pulak step dia..bagi yang pegi backpack 3-4orang ok la kan.


Our apartment, Stanton Serviced Apartment. max dalam satu apartment adalah 7pax. tp kami bayar extra 1pax satu lagi tak da charges sebab Adrian kecik lagi. Tp total beds adalah cukup utk semua orang. 


Ni bilik yang besar, 1 queen size bed dengan 1 single bed, dalam almari ada mcm toto boleh muat lagi sorang tido bawah


2nd bedroom, ada 2 single beds

3rd bedroom pun sama jugak, ada 2single beds.

Tapi satu apartment ni ada 1 saja bathroom n toilet, so kena share, towels tak payah bawak dorang sediakan.


kitchen. utensils semua ada dalam cabinet, ada oven, microwave, peti sejuk,washing machine and dryer. Nampak tak sebab apa kami bawak satu bag barang? sebab kami nak masak la..hahaha jimat jimat.Baju bawak sikit sudah sebab boleh basuh kan..jimat space bag.


living hall, ada heater and aircond, tv and dvd player. bawa cd utk anak anak so kalau boring boring boleh tgk dvd gak kan..tv pun boring je channel..drama melayu tv3 pkl 7 pun takde. tgk kat tonton je la..FREE wifi tau..besttttttttt


haaaaaaa nampak tak kat situ kelaparan. dr ayah, adik, ank buah n anak i tu? sampai je dah masak maggie 8bungkus. tak cukup la sebab kami pun datang 9 orang.


lepak dalam bilik, atas katil dah punggah barang utk, nak tgk apa langkah pertama nak buat ni. nak pegi mana dulu,,

so untuk jalan jalan day 1, next entry pulak ok.  :) 

28.9.14

safely arrived!

haaa dan dan ja nak cakap english kan. hahah apa pun, alhamdulillah dah selamat samapai tanah tumpah airku,

apa pun trip 9 hari memang seronok walaupun kachinggggg! tak banyak mana.budget pun myself and for the rest of the family jugak. Nothing much yang dibeli cuma ada la dua tiga ketul fm utk kawan kawan rapat. tahap menangis berdarah sebab air kotak coklat harga rm9, pastu kebab harga rm30. Topup myki kad pun sekali topup dah rm30.anak lagi nak kena topup kad myki, so what to expect kan? but overall semuanya seronok sbb boleh drive kereta sampai beratus km ke Great Ocean Road and Philip Island.

so untuk update trip ke Melbourne kena la tunggu sat, gambar pun tak transfer lagi, mata pun ngantuk sangat ni, tp gigih tau masuk ofis hari ni. :)

17.9.14

Something to share - declare your Formula Milk - Trip to Melbourne

Assalamualaikum,

Perasaan nervous, risau segala mak nenek terjawab bagi mama mama luar sana yg nak bawak anak anak kecil, infant or toddler to AUSTRALIA.. Takut sangat dengan kastam dok jaga security arrival tu kan, dengan anjing nye la lagi. Bukannya takut sebab apa pun, tp risau sebab bawak susu formula,, botol susu utk anak kecik. kalau tgk dalam website dairy mmg tak boleh bawak masuk kan, so sama la kekdahnya dengan aku pun.

google here and there, page by page, tengok travellers lain yang bawak anak anak pegi Australia, tapi takda mention pasal susu,,maybe breastfeeding? takkan susu badan tak boleh plak kan..nak tahan cam mana tu?? so maybe dorang tak ada isu pasal benda tu semua.

Tak cukup google pasal experience orang lain, kita google forum pulak..dari atas sampai bawah semua pun negative. Kebanyakan yang bertanya tu of course from Malaysia and Singapore, tapi yang menjawab soalan tu pulak, orang yg tinggal kat Australia, mostly from Brisbane,, Perth, Adelaide. Dorang semua pun jawab tak boleh la ..suruh jangan bawak la kat Australia pun banyak je susu formula and bla bla bla.. But being Malaysian. bukannya kita ni kedekut gila nak mamps (aku pun ada gak sikit) tapi kalau dah anak kita mmg dah serasi dengan susu yang mmg selalu minum takkan tetiba nak beli susu lain pulak..kalau taknak minum macam mana??

Ada gak sorang Malaysian ni bawak baby dia nak pegi Australia, pastu nak bawak cereal la yg selalu anak dia makan, pastu ada pulak si tukang jawab ni (Aussie lady) cakap mcm nak hentam cakap cereal kt aussie ada jual, kalau bagi makan yg selalu dok makan, nanti anak tu macam fussy eater la,,dia punya leteran tu ko rasa macam nak lempang laju laju. soalan dia senang je kot, boleh ke bawak? dah terus senyap tak de lagi dah reply.

So disini aku nak cakap, kalau any issue pasal nak declare food ke susu ke apa benda pun..baik check kat website lepas tu kat contact us tu ada email. setiap department ada email sendiri so senang. SO disni aku nak post email from them utk clarify hal hal ni la..

UTK RAKYAT MALAYSIA, anda boleh bawak formula milk tanpa ragu ragu. sebolehnya jangan bukak,,biar sebungkus elok je..jangan nak buka buka.




sila klik to enlarge :)

15.9.14

Next preparation please!

Morning,

Selsema menyerang 2-3hari ni, tak terdaya rasanya nak menanggung, srot srett hari hari. Ok today nak list out foods utk declare kat aussie nanti. Banyak gila kot makanan kami bawak, isi dalam satu luggage, nak angkat pun tak boleh. 9hari punya penangan di apartment nanti, kalau tak masak siap!!!

Jangan la pulak nak berangkut balik barang makanan tu semua. List makanan tu just simple list saja, semua pun dalam tin, and packets.

so yang dilarang adalah no no no macam veggies, meat, dairy product pun tak boleh ya.

BUT if you are travelling with kids, mesti la kena bawa formula milk kan, so make sure bawak yang dalam pack tp belum dibuka (yg baru) so takda la bawa masalah sangat nanti, PLUS, bila dah declare bawak susu, harulah diiringi dengan anak tu sama..jangan maknye je jalan menonong sorang bawak susu. kena ada bukti yang susu tu bertuan :)

Itinerary pun check,kot kot dorang nak tgk nanti, sebab bukti yg kita dah plan perjalanan berapa hari..and last day tu mmg kita nak balik Malaysia, and ticket balik pun kenala tunjuk jugak.

semua diatas ni kadang kadang dorang tak check pun tapi apa salahnya kalau kita standby benda ni kan, kalau betul dorang check atleast semua dah prepare, tak rugi pun. :)


25.8.14

sikit sikit punya preparation

pelan pelan kayuh bukan maksud nak p kayuh kat mana mana, 
Bila plan nak travel mana mana, mesti dah buat budget atau dah plan apa nak beli, nak bawak baju banyak mana,seluar banyak mana..jaket ka kasut ka..semua tu penting supaya satgi travel 4malam ja bawak macam nak p sebulan, so macam makan space pulak, rugi la dok usung bag berat berat kan.

sama jugak dengan budget. kalau nak p tempat panas, surely bawak baju tshirt biasa dengan sandal, kalau p time winter takkan nak pakai tshirt saja kan,haruslah bawak wintercoat yg maha berat dan boat sekerat betis tu.style tu penting tp kalau sampai nak angkat kaki pn sampai krem,takdak sapa suruh pun kan.

sama la kami pun, nak p time spring, tp taktau la nak kena bawak jaket macam mana..nipis sangat ka..so so ja ka ..so utk memudahkan dah ambik jalan selamat kami beli gak la jaket, ringan tp nampak macam berat.


Related Posts with Thumbnails