CafeMom Tickers
CafeMom Tickers

29.9.14

Trip to Melbourne - Day 1

Regangkan jari jemari, nak update trip utk day 1. Banyak gambar dari cerita, nak cerita banyak banyak bukan ada orang nak baca pun kan, so tengok gambar sudah la.Semua gambar adalah daripada Sony hp sahaja.hahahah tak kuasa nak usung camera dengan dua orang anak penguin kelaparan sepanjang masa.

Trip to Melbourne selama 9hari dari 18hb - 27hb September 2014



my little one, Adrian dengan stroller baru. beli stroller ni semata mata nak bawak pegi Melbourne saja. senang, lightweight, boleh angkat sebelah tangan, 


Yang abang pulak, Adief as usual banyak sangat benda dalam kepala dia..senyap seminit utk pikir next plan apa benda nak buat, tak reti dok diam,haish...


Dia nak start dah buat hal. turun stroller nak tolak sendiri pulak dah


Masa nak check in luggage, Aida setel semua ni, kami dok nganga ja dulu. Flight pkl 4.30 to KL, then pukul 7.30pm ke Melbourne. memang kami plan time macam ni sebab nanti sampai di Melbourne pkl 8.30am, setel bag lah, kastam lah macam macam lagi kan. so by noon dah setel boleh keluar jalan jalan.


Masa tunggu kat lounge..boring lagi..lama sangat budak budak ni dah macam tak tentu arah dah



Dalam flight, Adrian duduk dengan I, and Adief duduk dengan tok ayah,. sebab dia dah besar so macam ala ala boleh berdikari. Yang adik pulak macam biasa nak berkepit ja..so dalam ni nak tido susah la kan, tp dia cam berusaha sendiri nak tido macam mana pun.


few hours to go, nak p Melbourne 8jam ok,,time dorang 2jam ke depan. kalau kita pkl 7am, dorang 9am. 


Once dah touch down di bumi Australia, nak ke arrival  hall, sempat lagi nak snap gambar budak budak ni. 


ramai gila orang p Melbourne. sebab maybe time Spring kan, cuaca sejuk tu yang best
Masa kami dah nak keluar tu..macam macam dah dalam kepala ni..risau dengan bag yg penuh dengan makanan kami bawak. bag barang makan saja dah dekat 20kg. segala macam maggie, sardines, instant coffee, segala macam jenis sachet rencah nasi goreng la, secukup rasa la, serbuk cili la, tu pun ada yang dah buang setengah, konon risau la kan tp tetap banyak gila bawak. 

bila dah keluar kt kastam semua tu. dok cari juga anjing yang menjadi sebutan ramai tu..kang dia hidu sambal tumis ikan bilis, tak ke haru nak kena bukak bag, mau terkejut dorang nanti tgk orang malaysia ni angkut barang makan. Tapi alhamdulillah semuanya selamat, anjing yg menjadi sebutan maybe tak bangun tido lagi time tu, so lepas bagi incoming passenger card to Australia, check passport, and kami pun keluar dengan tenang. 

Tips: declare apa saja barang makan, ubat, susu yg dibawak, jangan sembunyi ok, kalau tak kena ok la,kalau kena?? mampu nak bayar beribu dollar dok dalam lokap lagi?

Utk ibu ibu yang nak bawak susu anak tu, jangan risau, susu formula adalah dibenarkan sehingga 5kg dengan iringan anak anak. kalau tak bawak anak, ko jangan harap dapat bawak banyak tu,. even dalam flight pun boleh bawak susu kot kot nak bancuh susu kan.



Maafkan muka 8jam yg sememeh tu. tak larat la..sejuk sangat tau.time tu 12degree


Lepas dah keluar dengan luggage, stroller pulak takdak, geram sungguh la. so terpaksa ke bilik tu tempat simpanan barang barang..stroller memang dorang akan hantar ke situ. Masuk dalam tu tanya kat awek dalam tu bagitau nak ambik stroller, bagitau flight apa, sampai pkl berapa. kena tunggu dalam setengah jam jugak.


Muazam, Aida and Arieq, luar kawasan arrival tempat menunggu, Kami dah hire private shutter STARBUS, sebab luggage banyak sangat, kami pun dalam 9 orang. 

So boleh email kat STARBUS bagitau nak hire private shutter from airport ke hotel, macam kami dr airport ke hotel di St Kilda Road, kena bayar AUD155 satu van. 

Kalau nak naik bus pun boleh tp banyak la pulak step dia..bagi yang pegi backpack 3-4orang ok la kan.


Our apartment, Stanton Serviced Apartment. max dalam satu apartment adalah 7pax. tp kami bayar extra 1pax satu lagi tak da charges sebab Adrian kecik lagi. Tp total beds adalah cukup utk semua orang. 


Ni bilik yang besar, 1 queen size bed dengan 1 single bed, dalam almari ada mcm toto boleh muat lagi sorang tido bawah


2nd bedroom, ada 2 single beds

3rd bedroom pun sama jugak, ada 2single beds.

Tapi satu apartment ni ada 1 saja bathroom n toilet, so kena share, towels tak payah bawak dorang sediakan.


kitchen. utensils semua ada dalam cabinet, ada oven, microwave, peti sejuk,washing machine and dryer. Nampak tak sebab apa kami bawak satu bag barang? sebab kami nak masak la..hahaha jimat jimat.Baju bawak sikit sudah sebab boleh basuh kan..jimat space bag.


living hall, ada heater and aircond, tv and dvd player. bawa cd utk anak anak so kalau boring boring boleh tgk dvd gak kan..tv pun boring je channel..drama melayu tv3 pkl 7 pun takde. tgk kat tonton je la..FREE wifi tau..besttttttttt


haaaaaaa nampak tak kat situ kelaparan. dr ayah, adik, ank buah n anak i tu? sampai je dah masak maggie 8bungkus. tak cukup la sebab kami pun datang 9 orang.


lepak dalam bilik, atas katil dah punggah barang utk, nak tgk apa langkah pertama nak buat ni. nak pegi mana dulu,,

so untuk jalan jalan day 1, next entry pulak ok.  :) 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails