CafeMom Tickers
CafeMom Tickers
Showing posts with label Adief Rayyan. Show all posts
Showing posts with label Adief Rayyan. Show all posts

8.4.12

fuh bersawang!

hahah, dah 2bulan tk update and feel sooo calm! nampak sangat blogging bawak 1 masalah untuk i. nak story pasal bersalinkan Adrian, pun tak mencabar sebab its a scheduled csect and tak ada drama -sakit contraction 5 min and bla bla bla..hahaa. its just it was my 2nd csect and if i want 1more baby,it will be a 3rd csect jugak. so i should think about it later not now.

so let me introduce my 2nd baby boy ;)

Adrian Rizky bin Ahmad Hazli
30th January 2012 / 9am
Gleneagles Medical Centre








yang latest pic nih..tetiba dia senyum kan,nasib baik tgh pegang hp time tu :)

for the bigbro Adief Rayyan, as usual lasak dan suka kasik panas! apa yang dia tak buat untuk bagi sakit hati? walaupun macam tu, dia tetap buah hati pengarang jantung kan..hahah so terima je la, apa yg dia buat.marah tetap marah lepas tu pujuknya semua makan modal.belanja mcd la..bawak jalan la..

picca of him :)




at the curve (br beli baju terus nak pakai.beli sebab nak pakai masa bday Dani, but ada masalah lain tak dapat nak pegi :(

22.11.11

cerita berhabuk!

salam and good day!

hormon mengandung nih mmg malas memanjang. nak update sangat sangat malas, nak baca blog orang pun malas jugak.rasa nak tido je.Actually banyak sangat cerita nak update, last 2wks pegi Langkawi for 4days, tu pun sbb my sis Aida nak buat macam thesis pasal Geopark, since last time i pegi sana adalah masa sekolah menengah, form 2 ke form 3 macam tu, time tu Langkawi tak dasyat macam sekarang, and my Uncle ada rumah sendiri kat Pantai Cenang.. so best sangat la kan..skang nih dah pack dengan tourist..dah ada night market kat Cenang.. ada banyak gambar but biasa la belum transfer lagi gambar dr Camera. will upload semua gambar tu nnti. :)

seminggu sebelum pegi Langkawi pun our company join Night Travel Fair kt I-city Shah Alam,tp tak ramai yang tahu pun i rasa sbb sambutan kureng.but kami enjoy kat sana sebab ada concert, Lefthanded adalah terbaek, XPDC pun gempak and other performance dr AF students. But yang paling i suka ada BoboiBoy, i bawak my little one pegi sana. and surprised dia tergamam ok..hahaah terkejut dia tgk boboiboy tu..apa lagi..siap tarik tangan ajak boboiboy balik,,ambik gambar,,and i beli semua episode boboiboy n 1tee for him ;) suka sampai dok ulang tgk gambar dia

Boboiboy, Aida n my Adief :)

Rasanya seminggu sebelum travel fair nih kot yang kami pegi Melaka for a fren's wedding, and on our way back, singgah Zoo Melaka bawak Adief. crowds memang ramai sangat..nak kena jalan kaki dr carpark ke entrance pun jauh menapak.macam naik bukit sikit, sakit kaki gile punya.

ada few pics ;



26.7.11

peel anak kena layan!


today sepatutnya dah masuk 11weeks, tp ticker tu cam slow plak, em.
morning sickness lately agak teruk gak, bad headache yang gile punya..sampai mata pun tak boleh nak bukak. and mual tu, tuhan aje yg tahu betapa peritnya rasa.tiap tiap petang mesti muntah punya..nonstop sampai adief menangis tgk. takut kot sebab teruk sangat..lepas tu harusla badan pun dah lemau,lembik, i rasa nak tido aje.nak baring. but being me as mother, my routine tak habis selepas mandi, muntah semua..i kena bg mandi adief,buatkan dia susu. main lawan lawan dengan dia plak..i kena berlakon lawan pedang la..jadi mangsa kena pukul la..like so many things la..even i kena buat sound sound hiyakkkkk..harghhhhhhhh semua la..macam orang lawan lawan tu.

tak cukup dengan tu..dia nak suruh i angkat dia buat macam nak terbang..macam iron man..uwaaaaa..keringat i habis kat situ..terus sesak nafas..penat tak ingat punya..pastu nanti dia cakap nak lagi nak lagi..bila i ckp taknak dah mama penat. dia nanti merajuk.bila merajuk..cam mane? kenaaaaaaaaaaa main lagi..kali nih i ajak dia main teddybear plak..yg tu senang sebab bleh main atas katil je..i suruh dia bagi bebear (teddybear) tu tido..tepuk tepuk.jap gi dia tgk i membuta..marah lagi..last last i suruh dia main ipod.hahaah serius i need a good rest..tambah bila morning sickness teruk, i tak lalu nak makan, minum air pun kurang..sebab penat sangat pegi toilet.

i stress sangat dengan keadaan i yg super letih,,bukan letih dengan adief but letih dengan badan yang tak cukup rest. everynite i hanya tido dalam 3-4jam je,sebab sakit kepala sangat2, plus i tatau apa yg i pk, i langsung tak boleh tido..pathetic sungguh keadaan i nih kan..heehhe :(


Adief n his mama :)

13.6.11

.

takda apa nk update! i bukan blogger tegar..wpun dah sebulan tak update..still tatau apa nak taip.

Adief's 2nd birthday dah tak lama,,last year we had 2 birthday party for him, tahun nih, ntah la nak buat apa..i nak beli one small cake and celebrate just both of us at home. i think i je yang suka nak celebrate..i nak my son tahu yng mama dia sayang dia..ingat aje bday dia bila.. :) mama mana yang tak ingat kan? awal awal tahun dah plan macam macam, dats me..any special event mesti i ingat atau plan something nice, but selalunya akan gagal disebabkan orang lain yang tak ambik kisah or tak peduli..so dis year why bother..kalau i sorang je yang excited bday Adief, ok je kan. :)

nak simpan duit nak beli hadiah..macam zaman dulu..duit takde..nak kena menabung la nak beli hadiah..last time i plan nak beli kan dia kereta..ahhaha yg boleh drive sendiri n pakai remote tu..tp budget takde..so taun nih mama beli keta kecik boleh? eheheh hotwheels tu dah la eh :)) tp mama janji bawak p jalan jalan. i lega sangat Adief bukan jenis yang melalak kalau tak dapat benda yang dia nak..especially bila masuk toys r us ke or any kedai jual toys,i selalu cakap kat dia yang nih tak best,..jom kita tgk yang lain.. tp of course kena beli la jugak 1..kalau tak,.sannggup ke u tgk muka anak yang sedih camtu..kalau tak mintak pun still nak beli kan jugak :)

tp Adief lebih suka melekat dekat i drpada mainan dia..hahaha thats for sure la..for now!

p/s : ingatan pada orang yang paling kita sayang tu yg penting, i love u sweetheart :) mama loves u

18.4.11

saya adalah gemuk, rayyan punya hal, dan serabut

title yang merangkumi semua cerita :)

Super FAT!

ahahha,,aku gemuk giler! kenyataan yang takdapat disangkal 100%, sebabnya last Saturday went to Ampang Jaya met my sweet tailor at her house, excited sebab tak sabar kot nak bitau dia nak jahit patern ape..nak buat kerawang apa semua bagai..tp semua tu angan angan belaka bila si tailor mula mencapai tali ukur!!! dang~

erkk dada naik 2inci, pinggang dah terlebey 1 1/2inci, bahu dah lebih 1inci punggung dah kembang semangkuk!! wth.

baru je kejap lastmonth kot ukur badan kat dia..tetiba last saturday dah meningkat macamtu?? tu belum naik atas penimbang lagi, mau retak 2 kot..uwaaaa o.m.g

tp diriku pasrah sebab ladytailor said yang buat baju kurung biasa aje, takyah jahit kurung moden,nnt nampak lagi gemuk!..ok fineeee, dia sebut word gemuk okk.. as usual setiap kali nak jahit baju semua plan tak menjadi sebab nanti ada je suggestion dr dia yang mana sesuai,ok mmg 100% cun la kan dia jahit, bila pakai terus rasa gojes melampau.

tp sekarang dah kembang bertalam talam harus keee feeling gojes?? takkan so diam sudah!!!

***

My plan last saturday to Ke.pong Metro.politan Park adalah tidak sukses sebabnya hujan yang turun mencurah curah telahmenyebabkan haluan tersasar ke Sun.way Py.ramid. of course la kan..kalau pegi on Saturday mesti congested gile plus Rayyan adalah super excited nak berjalan sendiri. taknak dok dalam stroller.,letih gile kot nak mengekor aje..and we headed straight to Cotton On kids, andddddd my pocket telah kering! so keluar je kedai trussssss nak balik..untuk menyelamatkan lagi poket dan purse i dont even stop at any shops either yang jual fastfood or any kiosk dat selling any cookies or bread.. :) sampai rumah haruslah perut lapar gila, and i went nuts when hubs blom balik lagi okay!

we plan (me,rayyan n hubs, together with bro in laws and their fiances) to the curve for bowling session..but the plan semuanya adalah musnah when one of my lil bro in law came at 10pm, and hubs came back home from work at 11pm..ape jadahnya main bowling lagi kan...i marahh ok, trus nak tido! malas nak caro lagi dah. aku dah la jauh jauh datang dah kena melangok kat rumah.emmm..but am so happy sebab dapat beli baju baru kat rayyan, believe it or not, i hanya beli baju kat rayyan 2kali setahun. :)

****

Entry panjang pulak kan..

my son loves IPOD TOUCH! dia boleh main nonstop sampai orang nak pinjam pun tak kasi,.harusla berusaha keras utk beli sebijik! (yg dia main tu ipod pinjam aje)

5.4.11

Adief Rayyan 21mos

hello

sebulan sekali or 2-3bulan sekali update blog kira ok la kan. latest pictures of him :)



Baru nak start :)

Kadang kadang dia sangat overacting

Dah mula nak tunjuk jam baru :)

Bila nak posing,tetiba mesti nak tunjuk pose Ben10

pictures of him during our visit to Ladang Anggur di Tasik Beris Sik Kedah.

Wow..buah anggur banyak nyaaaaaa

errrr nak jalan lorong mana satu?

ooh penatnya jalan..rest jap

em kalau dapat makan anggur nih pun best!


ok dah penat, nak balik dah :)


ok dats all for now,,

xoxo












24.3.11

anak rilex mama yang lebih

morning,

title nak over je, semalam hujan lebat gile kot, so selepas keja, zasss trus ke rumah babysitter nak ambik rayyan, and as usual sebelum balik harus lah beli something for him :) i bought minim M&M yg dalam botol kecik tu..sumpah tak sedap.yang dalam paket tu lg best.

so dah ambik dia..masuk dalam kereta..dah bagi m&m tu, satu reaksi yg dahboleh di agak. my son, menggunakan kuasa dia tak bagi langsung orang pegang coklat tu. semua nak buat sendiri..eksyen gile..siap tuang semua dalam mulut..kunyah sampai kembung pipi kiri kanan..pastu apa lagi..dia keluarkan balik coklat tu..grrrrrr tau la coklat kan harus la meleleh leleh..semua bagai kena kat baju la kerusi la..dah satu pasal kena benti tepi jalan nak lap semua..

bak kata pepatah buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali

dalam kes nih i buat baik tp dibalas dengan tamparan..huh! rayyan tampar i merata tempat..peha la..bahu la..muka la..dia marah sangat i ambik coklat dia tu..i yg sememangnya adalah harimau jadian di waktu siang..darah pun dah naik kepala,,dah la mmg sakit kepala lately,ditambah lagi dengan hal nih..lagi hangin la.so i marah dia.bukan marah menempik tp i cakap dalam nada yang tegas! "baby pukul mama, mama takmau kawan dengan baby lagi dah" dengan satu ayat tu my little baby cried! gile kuat meleleh air mata hingus semua..i buat dono je..kalau dipujuk lagi menjadi..so i biarkan aje.pastu dia senyap dok dendiam siap pegang tangan i lagi tu..hehe nak tergelak tp marah nihh...

sampai aje rumah i bawak keluar bakul susu dia,,barang semua..dia menangis mintak dukung.i dukung la kejap tp buat muka kerek gila..konon marah so dia tau la i tgh marah kat dia kan, tpppppppppppp tiba tiba my dad muncul kat dapur..tanya dia awat nih..ala ala ala siannya dia..terus rayyan no longer memujuk rayu i..dia dah tak heran trus mintak tokayah dia dukung..masa tu pulak my dad nak pegi ambik Arieq from school.. so he brought rayyan along with him,. i plak trus mandi la kan nak tgk drama nanti..kena feeling fresh.

tp feeling feeling nak rest sudah hilang bila i tgk jam pukul 6.45pm my dad blom balik and hujan adalah super lebat. i call masuk voicemail,harusla menggigil pk bukan bukan.i call norul my lilsis tanya kot dia tahu mana ayah pegi..but failed.

i adalah supercuak gila nak mam, so i tukar baju semua truss keluar rumah cari merata okeh..drama tak? siap masuk sekolah arieq cr kot kot la hp my dad rosak ke..batt kong ke pastu kereta rosak ke takleh nak call out kan..so nk kena tgk ..cari kat kedai aquarium tmpt diaorang selalu pegi pun takda jugak.....biasa lah..bila dah camtu..harus lah banjir air mata..meleleh leleh panic.

dalam 7.40pm camtu noru call bitau yg my dad is on his way back home.fuh lega..sampai je rumah i nampak my baby smiling at me..trus turun kereta peluk dia..oh myyyyyyyy..i miss my baby..takut sangat..ya la i kan marah dia tadi pastu tetiba diatakda kan..harus la panic.

i menangis gila gila kot..siap cium peluk dia non stop,."bila i cakap kat dia, baby mama sayang baby tau, nanti dia peluk i siap tepuk tepuk lagi, bila i tanya dia baby sayang mama tak? nanti dia cakap haaa" ok lega dah..terus bagi dia mandi layan tv pastu

p"s : utk peringatan , bila lepas marah atau ter-marah anak ke,.bila dia nak tido..tu selalu cakap kat dia mama minta maaf marah baby yea,,mama sayang baby tau. :) baby pun sayang mama kan. then br la rasa lega nak tido.

till then ...

23.3.11

bulan sakit and adief merajuk

title nak panjang aje. ;)

flu, sore throat,headache,stomachache dan macam macam penyakit lagi menyerang..

MAC bulan sakit for me.

i miss my baby so much.sejak sejak dia sakit mata and i kena kerja last weekend, Adief dah start cranky,bukan light2, tapi sakan punya..dia menangis meraung sebab taknak pegi kat babysitter, taknak masuk kereta, nak suruh dukung aje, siap dalam kereta pegang tangan.nasib baik auto, kalau manual harus lah dengan tangan dia skali i pegang tukar gear.

and now, mata dah sembuh..thanx to doc sebelah rumah..ubat anda sangat mujarab!

dis coming weekend, i dah plan..i mean jumaat-sabtu adalah my weekend, so we (norul n I) plan nk bawak Adief pegi jogging! err oo lumba lari? er kejar kejar? walkaton maybe, ini adalah percubaan pertama setelah bertaun i tak jogging kat mana mana pun. so in my mind dah set (-ve) jatuh rebah sebab penat? kaki krem? termengah mengah? ahhahaha, pathetic gila kan pk camtu

balik dr jog er..bantai nasi lemak? lapar la katakan..kena la makan best best..so motif jogging pagi tu? hahaha

on Saturday plak maybe bawak dia pegi penang? Queensbay mungkin. dah lama tak bawak dia jalan, i nak balas balik minggu lepas i tak bawak dia mana mana or spend masa dengan dia.sangat kesian la.tak bole tahan punya tgk dia menangis. well mommy mana yang bleh buat rilex je kan tgk anak camtu, semua pun cam tak sampai hati

everyday sebelum nak ambik dia, apa pun kena beli milkybar kat dia..upah la sebab dia behave naik kereta tak nangis.so boleh balik dengan tenang.dia pun happy :)

ok gtg..

ending langsung tak best,,bye

16.2.11

feeling stylo

see,,pandai nak ejas spek

ada bodyguard disitu, incase paparazzi mengganas!


1.2.11

bila geram..


dah ready nak tido,tp still boleh pose lagi :)

budak nih selalu feeling orang besar, naik atas katil sandar kat bantal trus tarik selimut.hahah ;) padahal tu tempat mama dia.silap tempat.

my baby boy! masih lagi baby kesayangan.hehe walaupun dah besar category toddler kan,sekarang nih bila dia geram je,,dia suka gigit..mana mana je..sakit okeh,nih bukan gigit ala ala manja tu..gigit yang bersungguh punya sampai tinggal bekas,hari tu dia geram ape ntah boleh tak dia gigit bahu i?? herghh sakit gile ok,.trus sentappp taknak cakap dengan dia.hahaha.but Adief macam biasa, lepas gigit mesti nak senyum meleret,alalaalaaaa yes i did it! gaaga.

tp senyum tu hanya sementaraaa, sebab lepas tu i pok tapak tangan dia.sebab dia gigit i..lepas tu sebek bercucuran air mata..haaaa harus la drama tak ingat punya..nak pukul i la.bila i nak pujuk jual mahal.merajuk la kononnya,..tp bila i buat tatau je..trus naik atas katil tido sebelah,..haaaaaaa tak bleh renggang kan, nak feeling feeling manja la tu. :) dats my boy


adief siap tampar muka i sebab i dok ambik gambar dia..

19.1.11

18mos update..terlambat

hello!

tengah tengah dok buat keja tetiba teringat pasal nak update tinggi n berat Adief masa 18mos checkup

sejak dah umur setahun lebih nih, i ada satu perasan stress! bukan pasal badan yg semakin mengembang atau erkk..rambut yg semakin beruban, tp stress sebab my little one takmau makan nasi!! kalau time dinner i makan,,i nak suap dia satu mulut je dia nak..pastu dia buat bodoh je,,herghh..last week my mom buat ikan bakar, Adief suka gila kot, siap ratah ratah lebih dr mak dia lagi nih.,siap ambik kepala ikan! boleh?? korek mata ikan tu la,,hurghh sakan betul, tp i puas hati dia makan banyak hari tu,siap dah tido lena boleh burp kuat plak tu,alhamdulillah.br bleh tido lena kan,

ok back to the story, Adief kurang makan i tatau nak bagi apa,actually i blom nak bagi dia makan any supplements sebab skang bukan dia taknak makan langsung tp sebab dia semakin membesar, active, nak main je..plus at home ada kitten named cloudy,so dia cam excited terlebey. so i kena ambik masa sometimes setengah jam nak bagi dia makan..sambil sambil dia main tu..okla tu kan.

**oh satu lagi yang sedih kecewa,,,,,,,
susu ehsan sudah habis! hahaha Adief dapat susu Pediasure for free. 9 tin semuanya, susu tu actually balance masa banjir hari tu,,sumbangan tp balance ada banyak, so my mom bagi susu tu untuk Adief,.merasa jugak dia minum pediasure, nak beli tak mampu kot mahal gila susu tu.

sekarang back to Anmum Essential 3 (honey) sedap okeh, even anmum lacta tu pun sedap.
thank god kat sini susu murah so i tak la terkilan sangat nak beli. my son minum fm siang aje, and bila i balik keja dia nak bm plak. tp sometimes kalau kul 2-3 pagi dia terjaga,dia nak fm jugak maybe sebab lapar,,bm cam tak kenyang sangat, pasrah je turun dapur pagi pagi buta buat susu :)

for 18mos update

Height : 84cm
weight : 11kg je, ok la..dalam paras normal. kurus kering ok dia..rambut je tak kurus :)

Adief belum boleh cakap lagi, cuma merepek, bebel dalam bahasa dia je dia pandai, dia boleh sebut cat,dog, nak,ball, apple (ple je), ika (ikan) mak (pengasuh dia), ma (mama), aba (abg)

latest interest,;
  • Adief suka buka mata i kalau i tido,,dia tgk i pejam mata, nanti dia bukak mata,,gila sakit,.buka mata macam tak korek mata kot..huhu,
  • dah tau lepas mandi, pakai towel, bila dah masuk dalam bilik,,.mesti ambik bedak tuang banyak banyak kat badan n toot :)
  • dia suka baca buku, bukan buku dia je dia suka,,err tapi magazines pun suka, cleo,womens weekly, wanita,katalog cosway, avon,giant dan seangkatan semua tu,,suka belek setiap page.
  • Adief ada feeling feeling pompuan??? oh noooooo dia suka ambik handbag i lepas tu letak kat tangan..ala ala bawak tote bag tu
  • kalau i sibuk lipat kain,,.dia sibuk punggah laci baju dia..
  • setiap kali balik rumah lepas keja..ambik dia kat pengasuh..naik je bilik, 1st thing dia buat adalah on tv! on aircond..hahaha panas u'ol..kena la bukak aircond,pastu lepak jap, br start punggah mainan.. Adief pun suka tgk Tiramisu okeh..hehe :)
  • kalau pagi pagi i nak siap pegi keja, dah wangi wangi, dia pun kalut nak keluar bilik.sometimes siap bagi pampers suh tuka.hahaha
  • ank i feeling romantic,,.cam i la tu..bukan cam papa dia okeh, dia suka kiss i..oh rasa diri disayangi laa..
  • dia suka pakai kasut orang besar,pantang keluar kat porch rumah tu, mesti sebok nak pakai kasut i la,,wedges my sis la, kasut tok ayah la,pastu nak angkat kaki tak bleh kot,sebab berat..hahaha
  • oh dah tak ingat la apa lagi minat dia, nnt ada update lagi

**hopefully boleh bertahan sampai 2thn nak BF Adief, walaupun bukan 100% tp production adalah bagus,**

** i dah tukar diapers dia,tiap tiap bulan pun asyik tukar je..suka tgk banyak jenis kat kedai,.rambang mata nak cuba.

hantar kat pengasuh : i bagi Diapex, murah je nih, rm9.90 ada 20pcs, dok rumah je so ok la.cloth quality,takda ruam,tak bocor.
kat rumah i : Drypers (wee wee dry) RM34.90 ada 72pcs
bila nak keluar : Huggies Pull Ups Pants, yg nih tak ingat harga pulak

bg yg suka beli kat hyperstore mcm Giant, tesco, carrefour tu,,i suggest jangan beli susu atau diapers kat sana,.super expensive, kalau susu tu tak masuk akal kot harga extra rm10,gile btol
diapers pun camtu

speedmart pun murah jugak, i selalu beli diapers n susu dekat kedai runcit je, kedai yang besar, jual semua jenis diapers n susu,.



8.12.10

selamat tahun baru!

salam

tatau pulak nak start dari mana, but hey alhamdulillah i dah menuju satu level baru,,penghijrahan dalam hidup i, and of course iam so happy and hopefully it will last forever insyallah.

baru ja balik dari kl, and it was so so only since my weekend adalah tak begitu memberangsangkan selain dapat makan nasi beriyani sedap kat putrajaya :) n dapat pulak guna ipad Yob my husband's cousin..best laaaaaaaaaa... i want one and will get it asap! cewahhh berangan sungguh..insyallah

but yg lagi best, i bought Adief kasut baru..ahahha kat tesco je i beli..n i suka sangat sangat. sebab murah n cantik..ala ala vans gitu :)


ok tak kasut nih..i suka sangat sampai i rasa nak suruh husband i beli sepasang lagi 1size besar..hehe


next trip to KL,

i nak p kl insyallah on 24th, sebab adik ipar i nak bertunang on sunday/ :)

happy wednesday! nak bergosip jap kt ym, till then, chow..daaaaa

29.11.10

when i look at him

I sayang anak teruna saya sangat sangat sangat sangat! siapa yang tak sayang anak kan? ooops tp ada yang tak sayang sebab tu dorang buang je kat mana mana,,kalau i nih kaya,,rumah besar macam istana, orang gaji melampau punya ramai,, i ambik je baby tu semua dok umah,,kesian kan? baby yang dibuang tu semua dorang letak kat mana? rumah kebajikan?? i tak penah nampak pun! even tak penah keluar dalam news tempat tempat kebajikan yang jaga baby baby nih semua,kat mana eh?? em.rasa cam nak pegi visit and donate some of my son's clothes..sedih la..





Bila i tengok Adief, tengok gambar dia,,semakin sikit % utk anak no 2..seriously.,ntah la apa rasa sebenarnya.. :) bila terkenangkan masa pregnantkan dia..almost 5mths i alah teruk..sampai lembik terpelosok dalam bilik air sebab muntah je, i tak boleh nk buat apa, kalau i pregnant cam mana i nak layan budak kecik nih??? boleh ke nak bf dia lagi, dia dah la tak boleh nak renggang,.nak putus susu dengan i nih..macam magnet..uwaaaa



19.10.10

bosan punya pasal

morning! - bosan punya pasal so kena update

herghh bosannya bulan nih! October bulan membosankan,my mom awal awal dah pegi kl,15hb lepas sampai 24hb,and today my sis and dad pulak pegi sana..yang tinggal hanya i,Adief and Arieq..my lilbro mmg ada but then awal pagi dah keluar malam nanti baru balik, so no point kalau anggap dia ada pun kan..since my sis dah pegi pagi tadi, so tgh hari kena pickup Arieq from school lepas tu esok pagi kena antar dia pegi skolah,ada exam akhir tahun kan skang nih, and of course nak kena bawak sikecik tu skali,tp no problem, dia lagi xcited kot nak naik kereta..awal awal lagi dok tunggu depan pintu rumah,jalan pun kelam kabut./.

oh btw, im so happy with Fatin and Remy;s wife Ija. both of them dah pregnant 2nd baby, Fatin due on April and Ija due on February.Me?? 2nd baby..not now, maybe next year insyallah,,or next 2years..ahahah tp kalau ada apa salahnya i terima dengan hati terbuka.skang rasa cam blom ready since Adief masih lagi BF and dia kecik lagi i rasa, i nak dia enjoy dulu and dilayan sepenuhnya sebelum dia ada adik,.maybe bila dia dah boleh cakap n understand apa yang kita cakap kan.itu untuk i..apa yg i rasa la..i ada banyak sangat plan utk Adief so i risau kalau nanti dia ada adik..plan tu semua tergendala, i hv plans and budget to think of, so its not easy to get a things macam tu je.

lastly,,cam biasa, Adief my little superhero! superhero mane ada rambut cam tu..ahhaah gambar nih ambik kat Padang Kota Lama,Penang, my dad nak bukak puasa kat situ..so kesitu la kami all the way from Kulim.

tgk muka dia..nampak sangat mengantuk!

mata yang mengantuk terbuka luas utk 10min sebab dia tepuk pinggan pasembor,,grrr, dia celup jari dalam air epal I.

nampak tak kat belakang tu ada mamat sorang tgh dok..kat situ jual jeruk.banyak gila sampai tak terpilih tp cam biasa, my fav jeruk buah kelubi.memukau hokay,siap pejam pejam mata makan sebab masam.hahaha

muka bosan + mengantuk balik sebab semua makanan dah ditolak jauh sket,,lepas tu dia dah mengamuk..end up i makan sket je pastu bawak dia beli mainan..happy Adief!

ps: rambut dia takde la buruk..cute ape camtu, tgk orang la..potong sendiri adalahjimat..apa la sangat nak ptg rambut utk budak kecik nih..save duit tau

13.10.10

feeling temenggun.g ju.gah

hahah, rambut Adief ada tak cam Temenggung Jugah? i memang dah lama nk potong rambut depan Adief nih tp susah la, walaupun dia ok sebenarnya nak ptong rambut tp sebab dia nampak gunting tu depan mata dia pun kalut kot nak pegang gunting tu sama. so hari isnin kan ada cita Arjuna,ok la anak i suka tgk cita tu..sama la dengan mama dia pun sbb nak tgk Re.my Ishak tu kan.,haha time tu i dah siap dengan gunting n sikat,so misi berjaya hokey walaupun terpaksa pusing satu katil nak ptg rambut dia..siap kena main cak cak lagi..hasilnya ok la.

ala kejap je rambut dia pendek camnih nanti dah panjang bleh la sikat tepi././ahhaa baru
nampak nerd sket :)

**lepas potong je rambut terus dia demam, huhu siannnn dia.

7.10.10

pengasuh Adief

Adief Rayyan

dah lama rasa nak cerita pasal pengasuh/nursery

ini cuma pandangan i apa yang i nampak dan apa yang i rasa.

I rasa semua mommies out there mesti berperasaan sama macam I.nak hantar kat babysitter/nursery tapi rasa macam mana dorang nak jaga anak kita. in my case, orang yang rekemen kan babysitter utk i,so alhamdulillah i pegi jumpa kakak tu,borak and btau siap siap apa kerenah anak i,susu dia,,tido dia,sakit dia semua so i nak akak tu alert dengan semua yang i bitau.alhamdulillah so far so good, and akak tu pun tak berkira dengan i, i bayar RM200/mth and semua skali termasuk dalam tu, makanminum,basuh baju n ambik lewat. i bersyukur sangat sangat n thanx to Kak Ana sebab rekemen.I rasa kalau kat KL, u nak suruh babysitter tu masak n basuh baju ofcourse ada extra charge kan..kalau sorang anak dah kena lebih kurang RM260/mth kalau 2? 3? OMG emm..nasib baik some of my friends anak anak dorang mak atau mil dorang yang jaga..itu mmg confirm terjamin,pegi keje pun tenang kan, tak risau apa pun

macam i,kalau dalam seminggu hari bekerja tu maybe ada 2x camtu i ambik lambat..kadang kadang pukul 6, tu pun sebab hujan lebat sangat,ataupun, i ada keja luar so maybe sampai lambat.tapi tak penah lebih dr pukul 6 la.

dan oleh kerana babysitter anak i tu baik..anak anak pengasuh pun baik i selalu la jugak otw balik dari keja nak pickup Adief, i akan singgah jugak mana mana beli makanan utk babysitter i,untuk anak anak dia yang selalu main dengan Adief.so maybe i takdapat nak bayar lebih,tp itu je la kemampuan,,bagi kuih,makanan atau ada sekali tu i buat kenduri sket utk budak2 yang mengaji kat taman tu.kadang kadang bayar upah mengasuh lambat,agak serbasalah la jugak,nak tgk muka akaktu pun segan tp akak tu cam faham dia tak kisah pun lambat ke cepat ke ;)

apa yang penting sekarang nih, anak i ckup makan, muka pun gebu bila i ambik dia balik keja..ahahha :P

30.9.10

gigi cumel

sila maafkan muka anak i yang tido ternganga nih, tp ini la motifnya i snap gambar ni so boleh nampak gigi 2kuntum kat depan tu :) heeh tp kenapa jarang? grrrr

anak i tido pakai baju melayu ok..hahaha


**br nak update pasal Adief, dah ada orang bikin panas kat ym** cancel..next time i sambung


8.7.10

My Jambu Air is ONE

1 Year old

Adief Rayyan now 10.5kg and 82cm tall :)

i love u sweetheart and always do..

18.5.10

baik sangat ke?

Last thursday, i pegi kl for Tourism fair kat PWTC! bawak kereta ok..i agak panic la mula2 sebab takut baby cranky habis dalam kereta,kang dari 4jam terus satu hari baru sampai kl kot.. and thank god, halfway before masuk highway, my lilsis Norul dah join naik dengan I, fuuhhh selamat,

my son agak baik la sekejap dalam kereta maybe sebab dok sebelah i..dia janji i ada dalam kereta dah ckp bagus, jangan hilang dr pandangan je..mula nanti mengamuk!

and lepas dah bangun tido, i bg dia makan porridge pastu dia dah bosan kot, mula la bunyi sana sini, bila dah lama lama i dah serabut gila, terpaksa suruh norul pulak drive

from home : lali mengantuk sebab makan ubat selsema.goodboy! tido from home sampai tol Jawi

tido lagi sambil mengeruh :)

dah bangun tido! i letak carseat kat belakang sebab my sis Norul duduk depan, so ok la.taknak dok meriba sangat. setakat dalam pic nih ok lagi la..nampak baik je

barang yang dia pegang tu semua dah buang, ok dah start tepuk tepuk tangan cakap sorang sorang

-
-
-
-
-
-
-
LEPAS TU DAH TAK SNGGUP NAK SNAP PIC SEBAB KEADAAN DILUAR KAWALAN LAGI DAH..SOB! SOB! ANAK I DAH BOSAN DOK LAM KERETA..DIA NAK MAIN MAIN PULAK!

**masa balik kulim, i lupa plak nak snap pic keadaan dia sebab start dari KD my house, dia dah tido dalam kul 12 camtu, sampai la kat R&R Tapah i stop sebab nak rest jap nak makan semua, baru dia bangun..good boy,mama bleh bawak kereta dengan tenang.then lepas dah makan semua, dia main jap punggah sana sini, panjang seat la mengamuk kejap pastu suap susu terus boom!! oh syukur.

rate i kasi utk kelakuan dia adalah 9/10 hahahha..

5.5.10

10bulan dah? cargas la anak i

Happy 10mths old sayang mama!

kejap je dah habis sebulan dah masuk bulan baru..dah 10bulan Adief Rayyan! selalunya orang akan tanya baby dah terror apa dah! well for my son, nothing much he can do, ini je lah yang paling dia minat sekarang nih ;


seluar londeh,,malam tadi punya citer baju taknak pakai, bergantung kat besi kepala katil tu pelan pelan lak tu..nak cabut bunga bunga i tu..uwaaaaaaa, baby, tu bunga masa mama kawen tau,deco deco deco, dah tercabut habis satu satu bunga kecik kecik tu..sedihhhhhhh la

tgk i takut i marah la tuh..pandai la ko kan,buat keje tak baik..pandang kiri kanan..takut orang marah,mama marah "haipppp awat cabut bunga mama nihhhh" dia senyap je, tp jantung dah berdegup kencang okeh,,hehe feeling feeling sentap nak nanges la tuh..tp tak jadi,,mungkin dalam hati dia rasa aaaaaagh lantak arr,,nak cabut jugak bunga nih..ok fineeee cabut la semua bunga tu..(dalam hati i mmg sedih ok..dah senget benget bunga tu)

***milestones**

Adief blom boleh merangkak! dats for sure la, dalam age dia skang nih merangkak tak boleh and i know why, perut dia yg gendut tu..berat ok dia nak tampung..cam mana nak merangkak,kalau perut tu ada 6px mungkin la boleh.

GIGI! blom ada sebatang pun, tp gigit orang cam nak berlobang dah.mungkin gusi dah keras cuma gigi tu ketegaq tamau keluar

budak nih dah boleh berdiri,memanjat tu sket sket, berdiri bukan dengan sendiri bangun tu la..kena bergantung kat kerusi ke kakiku ke,apa apa je yang boleh dicapai, pastu bila nak duduk balik pandai pulat tahan tangan kat lantai, alaala cam gayat kan,,takut tergolek kot.

anak i baru pandai isap pakai straw, latest minum iced tea dalam botol tu, berebut dengan i pulak, i dah la dahaga tahap gila punya, pastu dia tgk i dok sedut terus rampas ok..bila i marah, dia marah melalak tak hengat punya..isk bingit! pastu i bagi gak dia isap sket sket..laaaa dia syok plak dah..sejuk kot. pastu endup bagi straw je..isap angin je la nak oi, kang sembelit pulak minum iced tea

esoknye tu bagi minum mineral water dalam botol guna straw..melampau ok..dia feeling habis minum dekat setengah botol..sudahnya batuk..padan muka.haaha

er.. apa lagi eh.,oh berat dia i blom timbang tp rasanya dah 11kg,mungkin lebih sket.

tak ingat dah apa lagi ntah,nnt i ambik gambar lagi banyak banyak, lately cam letih sangat balik keje trus rasa cam nk tido,. updater later later la..nak gi lunch..daa
ooo one more..anak i suka tgk hotel mania??? er..adief ke mama yg suka..sama je..anak i tgk sampai meleleh air liur..i la tukang tampung air liur yg meleleh tu..kesian la isk sampai camtu skali suka tgk..ehehhe


Related Posts with Thumbnails