CafeMom Tickers
CafeMom Tickers

23.10.18

Sesuatu sangat...

Askum.. Hello..

Wow berapa tahun dah ni.. Bila ada benda penting,happy baru nak share. Hahaha teruk sangat perangai

OK jom start.
Adrian now dah 6yrs old dah nak masuk standard 1 dah tahun depan.. Cepatnya laaa dh besar, bila dh besar camni nak gomol pun dah tak bagi.. Nak kiss kiss pun dah malu.. Dah tuuuu mcm mana.. Zassss tetiba pulak mengandung.. Tak sangka wei 😆 tapiiii tak semudah tu.. Kisah mcm ni

Bulan 8 travel ala ala backpack ke Indonesia.. Bandung-malang-bromo-surabaya.. Last day tetiba period walhal sebelum p bandung baru ja habis period so OK dalam hati pk maybe hormone tak balance, balik Malaysia cukup 8hari period stop. Lepas seminggu nak p beijing pulak.. OK dah lega period dah stop so boleh happy la kan.. Tu tup hari ke 4,period pulak dhhhhhhhh.. Terus rasa nak migraine.. Sampai la balik Malaysia period habis.. Dok sat period lagi sampai la awal bulan 10 dh jadi 3kali sebulan start dari bulan 9.

So pikir punya pikir Google punya Google risau pk bukan bukan.. Last last husb cakap apa pun p check clinic. Tu ja la jalan terbaik dpt opinion pakar.. So 1st appointment dengan Doctor Andi Anggeriana di hosp Pusrawi.. Scan dr bawah,, ambik tisu utk labtest..masa scan darah period banyak lagi tunggu masa nak keluar.uwaaa rasa nak nangis..masa scan tgk dekat monitor choihhhhh ada growth laaaa halusss muluss tapi taktau apa benda. So doc cakap tunggu labtest result samada fibroid atau baby

So nak tahu apa apa tgg result 13/10.. Nak tunggu seminggu macam setahun.. Sampai ja date tu jumpa doc duduk ja doc cakap "awak pregnantttt ni" terus rasa cam mendung salji spring. Hahahhaa
Doc cakap growth ni membesar lah tp tetap kecik sangat tak boleh tahu berapa minggu.. Tunggu lagi 3minggu bagi cukup sebulan tgk mcm mana.. Episode menunggu pun jd 3minggu mcm 3bulan dah..

Nak seronok pun risau.. Nak sedih pun tak patut sangat kan.. (lepas ni nak cari stroller lah kat ig.. Hahaha tetiba plak kan)

2minggu lagi ni weiii.. Nanti update lagi bila dpt result

0 comments:

Related Posts with Thumbnails