CafeMom Tickers
CafeMom Tickers

16.3.10

Ibu sarat mengandung dihempap kren

KULIM HI-TECH - Seorang wanita yang sarat mengandung, berusia lingkungan 30an, cedera apabila kereta Proton Wira yang dipandunya dirempuh oleh sebuah kren yang datang dari arah bertentangan.

Menurut mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu berkata, sebelum kejadian berlaku, beberapa kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Balai Bomba Kulim.

Dia ternampak sebuah kren turun dari arah bukit dalam keadaan laju lalu merempuh lima kereta yang ada di lampu isyarat itu dan menyeret sebuah kereta Proton Wira ke dalam parit.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya nampak, sebuah kren turun dari arah bukit dengan laju dan menghasilkan bunyi yang kuat seperti mengalami kerosakan brek. Kren itu kemudiannya hilang kawalan dan terus merempuh lima buah kereta berkenaan.

“Saya nampak kren itu merempuh dan mengheret sebuah kereta Proton Wira ke dalam Parit. Pemandu kren yang cemas dengan kejadian itu melarikan diri,” katanya.

Mangsa yang tersepit di bawah kren cuba dikeluarkan oleh anggota bomba tetapi gagal.

Bomba terpaksa menggunakan sebuah kren lain untuk mengangkat kren yang terlibat dalam kemalangan itu untuk membolehkan orang ramai menarik keluar kereta mangsa yang terperosok di bawah perut kren terbabit.

Hampir satu jam usaha mengeluarkan mangsa tersepit dijalankan dan akhirnya mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaannya. Mangsa dibawa ke hospital Kulim untuk rawatan.

Satu jentera bomba dari Balai Bomba Kulim Hi-Tech dan dua ambulans dari hospital Kulim terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa itu.






Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...

Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....

Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....


Akhirnya wajah si isteri dapat dilihat...

Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...

Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat





Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....

AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...

Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...


Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat

Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...


sedih i tgk gambar dalam email nih.,tempat accident nih cuma 5min dr umah i, and betul betul 1min dr Hosp Besar Kulim,and alhamdulillah ibu mengandung selamat.kalau jadi kat diri i..i rasa mesti i dah gila menjerit meraung semua, tp si ibu nih tenang aje,Allah maha besar,si ibu yang mengandung 9bulan selamat bersama kandungannya.Alhamdulillah.


3 comments:

Anita, Mummy Adzryl said...

i dpt email pasal ni jugak!! sedey n dupdap2 masa baca... subhanallah! mmg besar kuasa Allah.. selamat ibu tu! harap2 baby dia pun selamat. bersalin dah kot! huhuhu.

ARIBA said...

touching sangat2..memang kalau bukan ajal kita lagi,pasti hidup..semua kuasa tuhan.hopefully mother n baby tu ok..

Unknown said...

Allah melindungi si ibu & si anak...
alhamdulillah...

Related Posts with Thumbnails