CafeMom Tickers
CafeMom Tickers

30.11.08

diarrhoea!

working Sunday!

bluek! last friday saya mengalami cirit birit yang melampau ok..melarat sampai ke hari nih..sangat letih!! siap muntah-muntah [ok terus rasa nak muntah-siap dengan gaya nak muntah,berair mata pulak dah] letih gila..siap tido pakai kain batik yng tak tahan tu..dengan meloyanya, dengan sakit perutnya..terlantar je atas tilam depan tv dr tgh hari sampai ke malam..nak tido malam siap tak on kipas..takde motif? tutup kipas dengan cirit birit? yerlah..sebab tetiap malam nk tido mesti rasa nak demam, so dengan kritikalnya sakit perut cirit birit..lebih baik tutup kipas utk mengelakkan dari demam panas kan..nanti macam macam lak sakit lagi susah..so biar sakit perut je dulu.tp sampai ke pagi pun tak panas ok..tak peluh pun..magic!

last nite, my mom urut urut kat belakang cam ok sket la..pening pun dah hilang, tp serious dengan sakit perut tu..sampai ke pagi asyik terjaga..sib baik terjaga takde rasa nak pg toilet pun..

so today, dengan keadaan gila berpenyakit, kot kot bahaya yang menimpa anak ku ini, haruslah pegi hospital utk wat checkup!! walaupun appointment sepatutnya 7hb tp sebab dah sakit perut kan..so pegi jugak la hari nih..

dah pegi hospital, ambik air kencing semua..timbang berat then check bp semua..ohh berat sudah naik 1kg..erk actually tak sampai 1kg pun,,500g pun tak sampai..ehehh tapi secara kasarla senang..okla tu..jangan turun sudah.dah masuk jumpa nurse, nurse cakap aku ok semua nya ok..masalah cirit birit jap lagi jumpa doc..dlm few mins lepas tu jumpa doc Sheila, baik doc nih, lembut je..dia dh pesan kena minum air banyak banyak, pastu dia kasik aku minum 100plus,, bila dah cirit birit,muntah,sakit kepala, badan jadi lemah kan..100plus nih nak bagi energy la kat kita..100plus je boleh..coke la ape ape lagi tak boleh minum tau.

so, dpt bbrp jenis ubat,,trus je balik ofis..

nurse + doc pesan jangan minum susu ANMUM!! kandungan gula dalam susu tu tinggi..ingat semua ibu mengandung,,segala jenis susu ibu nih takleh minum yer..kalau nak minum jugak,sukahati korang la..

kalau boleh minum freshmilk lowfat tu, kt 7e berlambak!!..fresh milk kat jabatan haiwan tu..itu lagi disarankan la..kt tempat korang ada ke?

fastfood pun jangan makan!! sebab dorang banyak ape ke benda tu..ala ala cam ajinomoto tu..ntah aku pun tatau,.fastfood bukan faveret aku pung!

nenas + betik + tebu tak boleh jugak!! jangan makan benda bergoreng banyak sangat,,sebab berminyak..nanti lagi sakan nak muntah..kalau tak lalu makan nasik..sila makan roti yer..


doc pesan kat aku..jangan ambik ubat sebarangan..asal sakit je segala ubat nak telan..ubat ubat lain kat farmasi..makan je ubat yang dia kasik..

next checkup 28 / 12 / 2008
scan 13 / 01 / 2008

**nak scan nih pun ada masa masa dia jugak..bukannya tetiap bulan..tak wajib pun.

**nurse2 kat hospital nih semua bebaik,tetambah nurse yang consult dalam bilik checkup tu..siap bercerita..perancangan keluarga,macam mana nak menenangkan fikiran, elak stress semasa mengandung..[yerlah nurse nih kan melayu, dah berumur, so banyak pengalaman, dan dorang tahu yang mana baik untuk wanita mengandung nih, dorang dapat info pun dari ceramah ceramah jabatan kesihatan kan..so kena la share dengan ibu mengandung]

**bukan semua nurse2 kat hospital kerajaan nih teruk ok..dulu yerlah kot..skang nih semua dah ok..baik baik..so far berurusan dengan hospital kerajaan ok je takde masalah.alhamdulillah.
[takde la kes kes cubit ke..maki,jerit jerit] so far semua cakap lemah lembut..siap bleh melawak lagi.

oh hari nih dah 3 bulan 4 hari

3 comments:

Anita, Mummy Adzryl said...

ohh no wonder! i thot so.. me pun tak sesuai minum ANMUM! 2nd day minum, terus cirit birit cam my body takleh terima.. so skang ni dah x minum! kalo nk minum pun, me minum either soya or susah fresh milk biasa.. ohh boleh ke minum low fat? i thot full cream yg sesuai?? hehehe.. byk mende me tatau! tp pasal pantang xleh mkn itu ini, alhamdulillah tau sbb my mom dah cerita2.. hmmm.. tunjuk arr perut wahai mama june!! mau tengokk.. haruslah 3 bulan lebey dah nampak kan?

p.s. ehhh.. june tak wat 1st scan lagi ke?? me obviously blom.. ingat bila "bukak buku" baru nak try scan 1st time.. haha! :P

Anita, Mummy Adzryl said...

eh silap.. bukan "susah fresh milk".. SUSU fresh milk laaa.. hahahaha.. :P :P typo..

June Azizan said...

anita,,nanti i ambik gambar yer,,.tunjuk perut yang buncit tak berapa buncit tu>.

a;ah ..susu full cream boleh..lowfat tu pun boleh. blom lagi wat..18weeks nanti br nak buat..kalau u checkup kat private tiap tiap bulan pun bleh kan..i checkup dekat hosp kerajaan..so kena ikut date dorang kasi..blom decide lagi nak deliver kat mane..

Related Posts with Thumbnails