CafeMom Tickers
CafeMom Tickers

31.10.08

saya kempunan

haaaaaaaaaaa...mengada title tu!!

saya sangat kempunan!! yang amat sangat! mengalahkan orang mengandung..nak wat camno kan,selalu je rasa nak makan tapi tak dapat dapat..

memula tu kempunan nak makan blueberry cheesecake dekat secret recipe.dari bulan lepas lagi, banyak kali dah bitau hubby nak makan,dia wat tatau je..hampeh..so hari tu dia ajak pg makan..hooray!! sangat seronok ok,nak bagi sket kat dia pun cam ala ala kedekut,yerlah satu slice tu dah la kecik je,so harusla makan sket sket dengan penuh perasaan supaya cam lambat la kononnya nak habis kan..

2 minggu lepas pulak kempunan nak makan bihun sup,selalu je nk makan tapi tak dapat, so last week kot lunch dengan kak ana and we had bihun sup daging!! sangat sedap la, pastu cam lega gila kan dapat makan,hari nih makan lagi,rasanya esok nak makan lagi ..lusa pun nak lagi hahahah melampau..


and today, saya punya keinginan yang meluap luap adalah mahu makan SUBWAY sandwiches and Butter Naan + tandoori..haih..subway tu cam lambat lagi la kan,sebab jauh sangat dari rumah, tp kalau butter naan tu bleh diusahakan lagi la.hopefully dengan fantasnye bleh dapat dua dua tu..







30.10.08

tercekik!!!

afternoon babes.

just got back from BM hospital..hahaha..guess what? aku tercekik tulang ayam okeh..memalukan..bukan la sebab aku nih gelojoh gila makan sampai tulang ayam pun nak makan..tp aku salahkan meehoon yang aku pagi utk breakfast..ahhaa

aku dah makan makan..then i felt something terlekat kat tekak aku..gila weih..menyucuk nyucuk..apa lagi aku korek tekak aku konon nak cabut tulang tu..kesudahannya aku muntah habis keluar meehoon + nescafe ais..muka dah merah..berambu rambu air mata..siot je k..cam histeria aku jerit jerit..

takleh tahan la..sakitttttttttttt

apa lagi, asked kak ana tepon Aida, ajak dia teman pegi hospital..as usual la kan..hospital kerajaan cam kena tunggu lama..q bagai,...but then..masa sampai kat sana, dah cam ok la,takde la berjanggut tunggu,aku ala ala bertenang la takut tulang tu merayau tempat lain. jumpa doc, buat x-ray..jumpa doc balik..pegi klinik ENT..yeeehhaaaa masa untuk mencungkil tulang ittew..

yeaa masuk bilik doc kat klinik ENT, the doc sangat la baik,Doc Sabri and Doc Haslinda,,dorang bius lidah,bagi kebas gile..sampai tak rasa apa, then doc masuk camera..wahhhhhhhh tak rasa apa,nak tgk tp takut, then doc cakap tak nampak macam tulang pun,so aku pun cam assume yang dawai lilit braces tu tercabut..ngeri ok,..[adakah tragedi dawai lilit tu tercabut lekat kat tekak] urghhhhhhh!!! siap doc tu suruh aku check..aku cam kering je,,cakap tak kot..takkan la kan..so last skali, doc cakap kita pull out je chickenbone tu.;.ok yesss...usaha tangga kejayaan..doc cakap jangan panic la..jangan cam risau risau takut tulang tu nanti jatuh terus masuk lam perut pun susah gak kan..

dengan kental nye dia masukkan camera, dengan penyepit sekali,doc haslinda plak tarik lidah aku keluar,.takd ela tarik panjang keluar..pegang je la..takut nanti susah nak tarik tulang tu kan..at last.berjaya..halus dan tajam..ngeri

**gambar tak ambik adalah disebabkan tiada hp bercamera** 

**thank you to my sis sebab sanggup teman, tunggu almost 2hrs kat hospital..ahahah okla tuuuuu***

29.10.08

lagi lagi hp rosak

morning,

first intro!

i need new handphone!! my hp rosak takboleh guna dah dekat sebulan, and aku haruslah guna hp yang ada limited space for msgs, nak add contacts pun limited..semuanya limited sangat la susah..uwaaaaaaaa

nak kena copy pulak contact number orang dalam buku..gila hampeh..letih la cam nih..nak kena check satu satu pulak.malas la..

haruslah cari sumber pen-sedekah sket sket supaya dapat beli hp baru..im broke!! sob! sob! erk..ini adalah hp yang bukannya menjadi pilihan cuma agak agak boleh je la..


cam mengada je kan..nak hp best best..but then hp nih takde la ada 3g ke ape ke..biasa je..price..ntah la aku pun tatau,,simple dan cantik :P

yang nih pun menawan jugak..wine color...any hp yang berwarna merah adalah sangat menawan ok..eheh

**today my hubby went to hack in the box conference @ Crown Plaza Hotel, KL dia taknak pegi pun sebenarnya..sebab hari tu dah pegi..tp sebab terpaksa kan..aku cam beriya plak suruh dia pegi sebab nakkan baju free hackinthebox tu...mesti dapat punya,hari tu dah dapat, patutnya aku la yang pakai sebab kecik je baju tu, tapi laki aku tu rasa cam dia pun kurus gak, so dia taknak kasik..blah la lu..eheh sorry!

24.10.08

public holiday vs husband

morning..

[FRIDAY]  dah start my weekends, since iam working from sunday to thursday and friday to saturday would be my weekends,

did my laundry early morning and chitchat a bit with lil bro, and im starting to bloghoping..sangat bosan, and telling the truth,,aku belum pun mandi..hehehe,malas sebab ada lagi few things nak kena buat,,nak basuh tuala lapik kaki,sebab my house lately dah masuk air,due tu hujan lebat gile punya tu..and tak tertahan tahan air tu nak jugak masuk dalam rumah..so kena make sure the towel kering so bleh la lapik siap siap kat pintu so at least terbatas la sket kan air tu nak terus je sampai dalam rumah..

sangat sangat terlupa, that this coming monday is a public holiday [Deepavali] so cuti sampai Isnin la yea..

but i feel sad because of some problems yang sedang melanda diri ku ini, public holidays,weekends sudah tidak bermakna lagi..i dont feel like going anywhere or going to kl to meet my beloved husband..[bukanla niat aku nak jadi isteri derhaka]

but perasaan serba salah dan jugak serabut make myself in dilemma...should i stay or should i go - [ala ala lagu Ramones gitu]

**saya cuba nak menyenangkan hati semua orang,supaya tidak ada yang merungut! tidak ada yang bercakap di belakang, tidak mengumpat,tidak complain, tidak suka, tidak segala galanya

alhamdulillah,sangat bersyukur my husband sangat memahami keadaan isterinya ini..sob sob!

msg to hubby,
i love u so much, please forgive me..

**untuk sekalian rakan rakan yang sudah berkahwin dan tinggal bersama suami, hargailah suami anda, cuba elakkan pergaduhan yang remeh temeh diantara korang berdua**


23.10.08

susah jadi cikgu ok

oleh kerana jiwa raga ku sedang bergelora..kat sini aku post banyak gile lawak lawak yang aku rasa dah cam histeria dah aku dok gelak sorang sorang..enjoy!!!















just for laugh

Just for laugh


MUTHU & THE INTERVIEWER*

Interviewer: 'What is your birth date?'
Muthu : '13th October.'
Interviewer : 'Which year?'
Muthu : 'Every year.'

*****

*MUTHU & HIS MANAGER*

The Manager asked Muthu at an interview.....
'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'
Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O-X.'

*****



*MUTHU & LONDON TRIP*
After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, 'Do I look
like
! a foreigner?'
Wife: 'No! Why?'
Muthu : 'In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'... that's
why.'
Wife : ?????????

*****

*MUTHU & TOURIST*
A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village...
Muthu said,
'No sir, only babies were born here.'
*****

*MUTHU & HIS EXPERIME NT*
Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to 'WALK! WALK!'
The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same. The cockroach walked.
Then he cut off the third leg and did the same.

Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk!
But the cockroach didn't walk.
Suddenly, Muthu said loudly, 'I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf.'
*****

*MUTHU & DRIVER*
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.
Muthu shouted, 'You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive.'

*****

*MUTHU GOES TO HOTEL*
Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.
Then when he had finished, he started washing the basin.

Seeing this, the manager asked what was he doing.
Muthu pointed towards the signboard

'* WASH BASIN * '


*****

*MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART*
Interviewer : 'Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you esc! ape?'
Muthu: 'It's simple.. I will just stop my imagination.'

*****

22.10.08

hujan oh hujan!

hujan!

today,my MIL sent me a msg..the content of the msg? its my FIL birthday,,"Happy Birthday Abah" semoga dipanjangkan umur,dan sihat sejahtera

mama told me that he sent a sms to my hubby, to remind him that today she wish that her son will call abah and wish him Happy Birthday! as usual, my hubby will said, i will call him during lunch time..heeheh..harap harap u call yer..nanti mama cakap i tak bagitau u..and u buat tatau pulak..

birthday wish jadi isu!!!

everyday hujan lebat giler, and semua keje cam slow je..yang paling tak boleh tahan,air masuk rumah aku k..walaupun takde la sampai banjir kan..tp masuk la jugak sampai dalam rumah..dekat pintu rumah je..satu keje pulak nak mop la letak kain la..masalah paling besar, baju bertimbun nak basuh..nak sidai tak bleh hujan lebat..kat dalam umah tak lama lagi jadi cam kedai bundle..sidai sana sini kan..

hopefully hujan nih akan reda sikit masa lagi sebab cam kesian ja untuk orang yang buat kenduri kahwin kan..hujan lebat..orang nak p pun payah.. [experienced]




19.10.08

kenduri lagi?

kenduri? tak abih abih kenduri umah depa ni!!! [ayat yang mungkin digunakan oleh jiran sekeliling,sebab asyik nak pandang pandang dengan jelingan yang paling kerek] i know some of my neighbours cam tak suka kot dengan family aku..ada aku kisah ko tak suka dengan kitorang..[politics] - takde sebab lain..sebab itu je. actually..bukan kenduri.. but then 18hb, kat rumah ada buat open house..so dengan khemah bagi..siap ada kain kain hiasa la apa la..kaler purple..so maybe orang ingat ada kenduri kawen..AGAIN??? ok..open house started at 2pm and the crowds yang datang nearly 250..ramai kan..penat tau..dari pepagi buta dah bangun tolong apa yang patut...and lotsa of mom's friends datang masa kat rumah semua ..ada yang dah masak sesiap kat rumah, datang menghidang je..dalam serving tray tu..sibbaik my house ada wet and dry kitchen, so takde la rasa cam nak menyempit dalam satu tempat..yang membantu tu dalam 15 orang kot..ada yang berkumpul satu group potong potong buah buat rojak,, ada yang potong2 sayur la apa lagi semua untuk goreng bihun..yang kelakar nya, my mom's friend,sorang nih..memang expert bab masak nih..[bukak kantin lagi,manage dewan makan kolej lagi] so kalau any occasion and ape per lagi kat rumah...makcik nih yang akan masak..even masa aku bertunang dulu pun dia gak yang masak.very close friend to my mom la.dia goreng bihun, and rasanya dalam 4-5 round gak la dia goreng, then semua bihun tu macam macam rasa.,dan warna..dari bihun singapore, sampai le ke bihun yang biasa tu..warna coklat tu kan..pedas siot.ehhehe..sangat la muhibah..tabik spring,sebab katanya nak menghabiskan barang je..taknak simpan simpan..nanti rosak..so gunakan je semua.. yang dasyat nye..start kul 2..dalam masa sejam makanan dah clear ok..tinggal lebihan yang nak makan kt rumah je..cess..takpe takpe..sib baik ada abang satay penyelamat..[tu pun sebab dia bakar kat situ, so lambat la sket kan..nak menunggu lagi] ada lagi cam sumbangan beras,bihun,kopi untuk ibu2 tunggal di daerah ni..ramai la jugak dalam 35 orang kot..so dalam keadaan yang sangat sesak tu..alhamdulillah semuanya selamat. nak cita banyak banyak..nanti bosan..cam mengantuk pastu mula la nak skip skip taknak baca kan..so aku tempek pics nih..sila la tatap. :P




preparation pagi kat rumah,siap ada backdrop lagi.kerusi semua susun untuk tetamu dan penerima sumbangan


diantara yang membantu..yg cakap phone tu,aunty norma..ptg buh untuk rojak..[she's the one yang buatkan pelamin aku masa kahwin hari tu]


ramai tak? yang duduk bersila tu akibat tak cukup kerusi..so nasib baik kat porch rumah tu ada carpet dengan tikar..so bleh la duduk2 kat situ

antara tetamu..dan paperbag yang ada sumbangan dalam tu..

penyelamat..abang satay nih dah cam laju gile kipas..semua orang tunggu nak makan..sebab kat buffet line tu dah habis

my mom yg sedang bercakap..left side tu Dato Abd Aziz..ucapan raya la kononnya

aku yang letih gile..agak dah cam nak rebah tu terus naik atas..baring jap dalam bilik..so tak sanggup la aku nak amik gambar sendiri sebab tahap berlemoih tu bleh memalukan diri sendiri.

15.10.08

day by day!

day by day hidup nih cam susah je..every hour tu cam ada halangan..kalau wat obstacle course mau tersungkur awal awal lagi..

hati kena tenang..taknak jiwa kacau nih..but takde sesiapa pun akan faham perasaan kita unless bila kita ada cam sesi luahan perasaan and orang lain pun luah same thing..baru cam kita rasa ooo yea ada jugak orang lain yang rasa cam mana kita rasa..ke susah sebenarnya jadi perempuan nih..kalau jadi perempuan zaman dedolu agaknya senang la kot kan.

[agak serabut bila ada orang dalam senyap cuba nak interfere our life]

14.10.08

Jamuan Aidilfitri

Seronok seronok!!!

lagi lagi jamuan raya..makanan banyak.,.tp makannya sket je..cam tak percaya actually..memula aku cam excited nak makan banyak banyak,.sbb yg terhidang tu semua cam faveret la kan..but then..lepas dah makan nasik, sket je pun..rasa cam nak termuntah..maybe sebab seblum tu dah minum air bergelen gelen..so perut dah ketat giler..tu baru nasik, blom makan yg lelain lagi..gosh luper plak nak tunjuk puding yang aku buat tu..erk..sedap ok..nak interframe tp lupa..

antara tetamu yang hadir..awal awal lagi yang datang Tabung Haji,,tak kenal sangat but friendly,baik la dorang tu..nama pun keje tabung haji kan..yang bawah kanan tu Persada Travel..dorang punya staff..yang nih memang dah kamceng.,.but dorang dah nak pindah tempat lain early next year..tak siokkkkkkk laaaa..camno nak gossip?

cam biasa..ME! nampak gemukkah..baju tu yang masalahnya..ok..aku tak la gemuk..cuma berisi sket..right pix : me with Norul, below : boss with his son Arieq! cute la arieq dlm pix nih..ehehe right pix : kak Ana..yea yea!! eheeheh..promote roti jala..yea i loike!

see see..muka suka nak makan..!!!tp nak cover cover ..hahaha..kids!! Ariessa, Arieq and Along..biasala..sambil wat jamuan..ada gak ar pusat asuhan kat sini kan..abikan kotak dan benda benda yang tersembul tu..

13.10.08

lembab nye saye

Selamat Hari Raya Aidilfitri

lembab giler nak upload..bukan blogger.com yang lembab..aku la yang lembab..actually dah malas dah nak upload.tapi tak aci la kan..orang lain upload aku lak cam malas gile..

sorry..tak de gambar raya,,sebabnya,kitorang sangat malas nak amik pic..so camera nih berselimut dalam bag je..ehehe

yang nih pun cam,,ala,.ambik je la..malas sebenarnya,tp sbb dis is my 1st year raya sebagai isteri..so ambik je la satu-dua gambar kan..wat kenangan..lepas nih cam takde la..kan..ahahha


my dad,my mom, me and hubby..see see baju kitorang,,baju recycle ok..baru skali je pakai..kira halal la

gambar nih cam ok ok je la..tapi ntah la..mak aku cakap burok..cesss..nih tak suke nih

pic nih lagi la cam baik giler muka..tak bersalah ok..menyampah betul..eheh okla tu..kalau my MIL tgk mesti dia rasa cam biar betul menantu aku nih baik semacam je aku tgk..ahahah..

nih cam malu malu nak ambik gambar sebab my mom yang nak amik sangat kan..so cam cover line la duduk..kalau ikut aku, nak je aku peluk peluk sampai hubby sesak nafas..kang mak cakap over plak..raya kan..harusla sopan..heehhe 

yang nih lagi tak bleh blah..actually aku dah crop pic nih sebab kain aku nih jenis belah..so dah terselak ok..so harusla cover..ehehe..tak nampak dah..

bila ada yg teringin nak jd reporter

hello peeps

its 3:55 and from now on..am not able to complain anything or do anything secara berdepan .going out to someplace..any place..that [FACT] not for enjoying myself-going for holiday...or else i should say thank you to miss or mr reporter for being a very nice pappa/mammarazi to the top management..

[dizzy]

early next month..possibly i will be working in seberang city jusco perda..from 6 to 11pm. Hoping that it will not cause me any problem.[doakanlah saya cukup tegar dan tabah nak mengadap semua nih]

id received draft piccas for my wedding album, and theres a lot of ammendment to do also ..sorry shidi..[lately, my hubby sangat bz, and dia perlukan masa nak tengok draft tu sebelum kita nak proceed utk printing] sabaq dulu no..jangan lupa bagi invitation card for ur wedding..!!! tak malu chek nih.. :P

Esok, ada jamuan hari raya at my office..my office organize the jamuan, tp jamuannya kena buat kat bawah la ..ofis satu lagi kat bawah..atas nih cam sempit sket..myself, kena buat caramel pudding..hehe sangat la bersungguh ok..tp buat untuk 100 orang je..malam nih baru cam bersungguh nak buat..sebab jamuan raya tu pukul 12.30 sampai kul 2 rasanya..eheheh

**my hp dah gila..tekan button hijau bleh tapi button merah tak bleh..pastu nak 'hang' pulak..
sib baik ada hp lain..utk cover hp yg biol nih..thanks..

12.10.08

tired = berbaloi

i met her!! yes her!! heheheh Yang Anneeza Jasminor..last time jumpa dia masa my wedding..actually paksa dia turun kj sebb ada baju baju dia kt aku..hehehe sket lagi je aku dah nak bua kain lap kaki..dia dah nak ambik baju tu kan..amik dia kat lrt kj..then we headed to oldtown kota damansara..sunway mentari..lepak dengan Dayang and Robert..citer panjang..gelak sakan..i only had bread..tak lalu sangat nak makan..letih kot..

then trus balik rumah .,..lepak, then hujan lebat!!..so kitorang lepak je kat rumah..and this crazy fella ..main guitar my hubby..sambil gosip panas..eheh yee haaa!! love u babe..buat terer ..takper..sumber inspirasi kan




tengah gosip le nih..dengan memek muke tgh berc akap

on Friday.,.aku ada interview 2 company..pagi petang.letih giler and i found my self sangat berlemoihhhhhhhhhh..isk..then letih driving dalam cuaca panas boleh menyebabkan amarah ok..

later, lepas interview kat kelana jaya,,trus pegi bangsar..kononnya nak pegi makan kat Berjaya..lupa la hari kerja.parking sangat susah..gila jauh parking kereta..and jumpa Si LIZA>>miss her a lot..selalu plan nak jumpa tak jadi..susah sangat.jumpa kat bangsar tu dah syukur sangat..teman liza wat manicur kat situ.then plan nak pg makan kat berjaya..duduk kejap and Ben, tunang liza dah sampai..parking plak takde..so cancel lunch, trus blah je..hope we can meet again babe..ehe muachhhhhhhh

**more piccas in Liza's blog*





8.10.08

kisah kisah..

tadaaaaaa

bac..back..
sangatla bosan nak update blog nih..y? sebab cable utk camera tak bawak..nak letak gambar sket sket pun tak bleh ..

am still waiting for "panggilan puaka" panggilan untuk interview..ehhehe..cepat cepat la sket..time aku ada kat kl..taknak call..nanti bila dah balik kedah..suruh dtg kl..saje je nak susahkan aku..eheh :D nak keje..tpnak emo..ehhe 

semua org dah update dorangnya raya..my raya biasa je..sederhana..nak kata meriah sangat pun tak jugak..cuma happy sbb beraya dengan husband..bukan sorang sorang lagi..i mean bukn sorang diri..tp single la.. cessssss.my first raya dekat my mom's house..sebab pagi raya tu nak pegi solat raya dulu,,then nak pegi ziarah kubur..my tokwan,,tok,bapak, abang and my aunty..

actually masa kat kubur tu sempat lagi my sis snap gambar aku k..cam rasa bersalah lak posing katkubur..siap bertudung liput..ala ala muslimah yang paling sopan ok..ehhe :D

then ..lepas tu..balik rumah..mula la acara bersalam salaman..peluk cium bagai..makan makan..then kitorang lepak jap kat rumah sebab bebudak ramai gile datang rumah..letih la..abih baju glamer i..ehheh e:D 

petang sket kitorang pg umah nurul..sebab lepas tu dah nak balik perlis..umah PIL..nurul's mom buat tosei on 1st raya..lazat ok..w'pun aku cm tak pernah nak makan tosei camtu kan..selalu kalau kita pg kedai mamak..tosei dia cam kering tu..besar cam kertas tu kan..ini lain sket..ntah la nama apa..tp sedap sebab panas panas makan dengan kari lagi.. :D yummy! dah berapa biji aku makan pun aku tatau.hehehe 

stay kejap then terus balik perlis..my husband punya side..family ramai..sedara semua kumpul skali..so aku cam biasa..duduk dendiam kat situ sebab tak tahu nak borak apa..pastu cam segan la dengan dorang..aku nih kan pemalu..heheheh 

then esok tu ada bbq kat rumah PIL..makan je keje..kak yus..merangkap my biras..chef of the day..buat soto..sangat sedap and hubby's cousin Yeop, his brothers and dad buat bbq daging, ayam n sosej..aku makan takde la banyak..cuma berulang..not piccas on that day sebb aku takde masa nak snap sana sini..yerlah..membantu di dapur la katakan..heeh dengan my hubby wat lawak time tu..dia pegi letak lintah kt muka dia ok..pastu bila dah abih..darah tutaknak stop..saja nak susahkan aku la tuh..dah jadi nurse hari tu..macam macam aku usahakan nak stop darah tu..gamat la..airla..aloevera la..last skali aku letak cuka..bukan salah aku..tpi ayahwa yg suruh..aku ikut je..dah berbekas..sebab acid kan..tp kejap je la jadi lanun..lepas tu kulit dah mengelupas..dah hilang dah bekas tu..mesti korang pk kan..pehal letak lintah tu..(actually kt belakang rumah ada 4 kolamlintah..hubby's bro ternak lintah tu) so hubby ambik la satu..nak buat demo la kononnya ..nih sebab pengaruh NONA la nih..hari tu tunjuk.

stay 1 more nite there..esok tu kitorang balik kulim..cam biasa je..takde apa pun..just balik kemas barang ..then sabtu balik KL

kitorang gerak balik kul 4.30ptg sebab sebelum tu.. nurul buat openhouse..so melantak kenyang kenyang..siap bawak balik bekal lagi..thanks kak pija..muachhhhh

kul 4.30 gerak balik kl..kul 12 malam baru sampai..ape gila nih..letih yang amat..cewahhhh cam la aku yang drive kan..ehehe masuk jalan biasa la..pastu masuk hiway balik..jalan jem giler ok..serabut la..bila dah sampai rumah..dah lalok..ngantuk..penat..tpi sempat lagi nak makan nasik..bawak bekal tu..heeh yang satay awal lagi dah makan dalam kereta..eheh : D

**ngantuk! nak tido!**

Related Posts with Thumbnails